Wednesday, October 13, 2010

“Sebuah kisah benar..Abang mereka hanyamelihat sahaja adik perempuan merekadicabul kehormatannya di hadapan merekasendiri !!”

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin
sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah
pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan
keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke
minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah,
ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun,
tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya
elok, pasti ada jugak yang busuk.
Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah
selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki.
Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri.
Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan
adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang
mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah
mereka membantu adik-adik yang miskin itu
semampunya sambil menempelak abang-abang
mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang
adik perempuan mereka telah diculik dan telah
dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di
depan khemah abang-abang yang kaya ini.
Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan
pendatang haram yang suka membuat kacau
kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini
hanya mampu memandang dengan kesayuan.
Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan
keseronokan adik perempuan mereka dicabul
kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.
Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki
mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah
seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si
adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas
alasan, marilah kita bawa berbincang dahulu. Jangan
terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di saat adik
perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu
oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik
lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan,
mereka telah duduk berbincang sambil makan
makanan yang mewah-mewah dan minuman yang
lazat-lazat.
Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara
menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan
adik lelaki yang kelemasan. ” Itulah kata si abang
sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat
hendak terus bergocoh dengan pendatang-
pendatang haram tersebut, dan juga tanpa
menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus
menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin
kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang
berkata, ”Inilah orang muda, suka sangat ikut
perasaan.”
Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang
lebih berdiplomasi. ” Akhirnya, si abang berjumpa
dengan ketua pendatang haram tersebut.
“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau
nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan
rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu. ” Maka
mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu,
pencabulan terhadap adik perempuan itu masih
berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.
Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari
mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi
dihalang oleh abang yang lain.
“ Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati
si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat
yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang
mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan.
Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan
keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan
akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua,
dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala,
adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan
akan hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi
melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula.
Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram
mencabul adik perempuan kami. ”
“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”
Tetapi mereka hanya memasang banner di
sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada
orang yang akan membantu mereka. Adik
perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian
adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di
tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton
drama cabul mencabul itu dari dekat selepas
bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.
Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya
kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya
menunggu malaikat maut datang mengambil
nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah
adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya
dengan harapan ada orang lain yang membantu.
Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka
bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan banner
yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu, ”Adik
perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin
hanyut di tengah lautan ”… adik-beradik lain pula
terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk
menghasilkan banner dengan wording yang lebih
menarik ….
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang
dirahsiakan namanya.
catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq.
+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara
Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang
membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-
gerakan Islam
+ bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah
+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC
+pendatang haram tersebut ialah Yahudi,Amerika
Syarikat,Zionis dan sekutunya.

No comments:

Post a Comment