Tuesday, October 12, 2010

na'uzubillah...

Tujuh perkara ganjil.
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya
menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk
dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut
berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk
menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk
bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata,
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri
kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang
menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku
merasa sangat insaf atas perbuatanku yang
sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang
harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku
menggali semula kuburnya pada waktu malam,
aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan
kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka
itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.
w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t.
menghinakan mereka dengan memalingkan
wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi
membezakan mereka daripada golongan muslim
yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang
kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok
semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur
mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar
menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan
guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak
muda, mereka itulah golongan yang
meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu
hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan
amalan yang pertama sekali dihisab. Jika
sempurna solat, maka sempurnalah amalan-
amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan
guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada
waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa
sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada
waktu malam, ku lihat perutnya terlalu
gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak
daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan
yang gemar memakan harta yang haram, wahai
anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang
jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam
warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan
guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda,
itulah golongan manusia yang derhaka kepada
kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak
redha kepada manusia yang menderhakai ibu
bapanya."
" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang
kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh
badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda,
mereka itulah golongan yang gemar
memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya
mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak
bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah
Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa
sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari
bukanlah termasuk dalam golongan umat
baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku
lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang.
Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur
itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan
lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk
baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang
memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab
ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku
lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-
seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya
wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab
ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka
itulah golongan manusia yang berilmu. Dan
mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu
hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh
keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik
sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita
datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali.
Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap
amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar
zarah. Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment