Tuesday, October 12, 2010

Bab 1...a true stories..hpe like it..

Hari ini genap 6 tahun A’are menamatkan
pengajiannya di Kolej Komuniti Kuala Langat dan
kini A ’are telah mempunyai syarikatnya sendiri
yang ditubuhkan setahun selepas beliau tamat
belajar. Syarikat itu dinamakan Khazanah
Adventure Team dan syarikat tersebut lebih
menumpukan kepada aktiviti-aktiviti perkhemahan,
team building dan juga aktiviti lasak.
Syarikatnya mempunyai 4 pekerja lelaki dan 2
pekerja perempuan yang merupakan rakan –rakan
sekolej beliau yang mempunyai minat yang sama.
Wing, Kox, Izz, Denny, Julie dan Ann merupakan
rakan sekelas A ’are sejak hari pertama A’are
menjejakkan kaki di Kolej Komuniti itu. Mereka
semua berkelulusan di dalam bidang Pelancongan
dan Pengembaraan.
Syarikat tersebut terletak di Seksyen 18, di dalam
bangunan Ole-Ole, bersebelahan dengan pasaraya
Giant.
‘Woi, dah pukul 1 ni, jom la pergi lunch.’ Ujar Izz
kepada rakan-rakan sekerjanya. ‘Boleh gak tu, aku
pun dah lapar ni.’ Balas Wing. ‘Kalau ye pun lapar,
jangan la tinggal aku, ni nasib baik aku dengar dari
dalam, kalau tak …….’ Belum sempat A’are
menghabiskan ayatnya tiba-tiba Ann menyampuk.
‘ Kena tinggal la.’ Diikuti dengan gelak tawa mereka
bertujuh.
Mereka biasanya akan makan di Pak Li kopitiam.
Sedang rancak menikmati juadah masing-masing,
Kox bersuara, ‘Apa aktiviti kita minggu ni?’. Semua
terdiam berikutan minggu ini mereka tidak
mempunyai program luar dan ini bermakna
mereka akan berehat di rumah masing-masing.
Kebiasaannya mereka akan mengendalikan
program pada hujung minggu mengikut kehendak
pelanggan mereka.
‘Apa kata kita hang out kat Sunway Piramid
minggu ni?’. Tiba-tiba Julie member cadangan.
‘Cantik gak tu, aku pun nak cari barang kat sana.’
Balas A’are. ‘Setuju tak?’. Soal Julie. Kelihatan
mereka semua mengangguk tanda setuju.
Pukul 2:30 petang mereka semua masuk semula ke
pejabat dan meneruskan kerja masing-masing.
A ’are terus menuju ke dalam bilik dan mengadap
komputernya ribanya yang di beri nama ‘My Baby
Keroro’ kerana terdapat sticker berwarna hijau
kuning seperti yang terdapat di dada kartun
Sergeant Keroro.
Selepas leka mengadap laptopnya, A’are melihat
jam di tangan dan menunjukkan pukul 5:37 petang
dan selepas mengemas meja dan laptopnya, A ’are
keluar dari bilik dan disapa oleh Izz, ‘Camne? Jadi
tak sabtu ni?’. ‘Mestilah’. Balas A’are ringkas dan
keluar dari pejabatnya yang beroperasi dari jam 9
pagi hingga 5 petang.
A’are terus pulang ke rumahnya dan mengambil
keputusan untuk mandi dahulu sebelum ke
padang. Selesai mandi dan mengenakan pakaian,
A ’are mencapai kasut Adidas BRACARA IV
TRXFGnya yang berwarna putih berjalur biru.
Setibanya di padang, kelihatan rakan-rakannya
yang lain telah tiba. Selepas bersalam dengan
semua rakannya, A ’are terus memanaskan badan
sebelum masuk ke padang.
Selepas hampir sejam bermain, A’are pulang ke
rumahnya dan terus masuk ke bilik air dan mandi.
Selepas selesai mandi dan menunaikan solat, A ’are
turun menikmati makan malam bersama
keluarganya yang tinggal bersama seramai 5
orang kecuali abang sulungnya yang tiada di
rumah kerana mempunyai rumah sendiri dan
tinggal di Bayu Permai bersama isteri dan 3 orang
anak perempuannya.
Selepas makan malam, A’are baring di katil dan
terlelap kerana terlalu mengantuk.
Keesokkan harinya, selepas menikmati sarapan
nasi lemak yang di beli berhampiran rumahnya,
A ’are terus menuju ke pejabatnya dan kelihatan
semua pekerjanya telah tiba dan Izz mengusik,
‘ Morning Boss’. A’are hanya tersenyum dan
menuju ke biliknya. ‘Asal dengan A’are tu?’ soal Izz.
‘Ntah, mane aku tau’. Balas Kox sambil
mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
‘Ha, mengumpat la tu!.’ Sergah Denny dari
belakang. ‘Ko ni, terkejut aku kau tau tak?”. Rungut
Kox. ‘Ala, relaks la kawan, nak gurau-gurau je’.
Denny berseloroh. ‘Izz, Denny dan Kox, tolong
siapkan report-report program yang lepas’. Julie
mencelah. ‘Asal kiteorang lak?’ soal Denny. ‘Ntah,
tanyalah orang kat dalam tu.’ Balas Julie sambil
menunjukkan bilik A’are. ‘Ye la, nanti kiteorang
buat.’ Balas Kox.
Dari pintu kelihatan Wing masuk dengan lemah,
tak ubah seperi orang putus cinta. ‘Apahal ko ni
Wing?.’ Soal Julie. ‘Tak de pape.’ Balas Wing
Ringkas dan terus duduk di mejanya sebelum
didatangi oleh Izz. ‘Bro, asal ni? Let share it with
me.’ Tanya Izz. ‘Hmm’. Keluh Wing. ‘Kite kan dah
lame kenal.’ Izz memujuk. ‘Macam ni, tadi aku
terserempak dengan ex couple aku. My first and
only love. Aku start couple dengan die form 3 tapi
pas sekolah kite orang terpaksa memutuskan
hubungan kite orang bagi mengambil haluan
masing-masing ’ Wing menerangkan keadaan
sebenar.
‘Are you sure? Korang dah tak jumpe 9 tahun.
Maybe ko salah orang’. Soal Izz bagi mendapatkan
kepastian. ‘Yup, I recognize her smile’. Balas Wing
bagi menyakinkan Izz. ‘Kat mane ko jumpe die?’
soal Izz. ‘Tadi, kat MPH time beli surat khabar tadi’.
Balas wing. ‘Surat khabar?, mane surat khabar
kau?’. Soal Izz kebingungan kerana tadi Wing
hanya masuk berlenggang.
“Alamak, tertinggal kat sane.’ Balas Wing dan terus
meluru keluar. Izz hanye memerhatikan dengan
senyuman melihat gelagat rakannya. 3 minit
kemudian Wing pulang ke pejabat dengan
nafasnya termengah-mengah. ‘Izz, aku dah tau die
kerja kat mane. Die kerje kat salon L’oreal Anura
depan A.R Rahman Music Store tu.’ ‘Ye ke? Tak pe,
pas keje nanti aku teman ko gi tengok die’. Balas
Izz menyedapkan hati Wing yang telah duduk di
tempatnya.
Mereka semua meneruskan kerja masing-masing.
Tak lama kemudian A ’are keluar dan memberitahu
mereka supaya berkumpul di depan Ole-Ole pada
pukul 10 pagi esok dan dia akan membawa Nissan
Vannettenya dan selepas itu beliau membenarkan
pekerjanya pulang awal kerana tiada kerja lagi yang
perlu dibuat.
Wing terus menoleh ke arah Izz dan mengangkat
kening. Izz mengangguk, paham dengan isyarat
rakannya itu. Mereka terus menuju ke tingkat atas
selepas mengunci pejabat. ‘Mana dia?’. Soal Izz.
‘Tu, yang pakai baju merah yang tengah sembang
dengan perempuan cina tu’. Jawab Wing.
Izz seolah-olah terpegun dengan kecantikkan
wanita tersebut. Memang cantik, mempunyai
rambut panjang dan lurus melepasi bahu dan
berwarna blonde. ‘Siapa nama dia?’ Soal Izz.
‘Liyana. Nur Liyana binti Jaafar’. Balas Wing.
‘Eh, jom lah, nanti die perasan lak’. Ujar Izz sambil
memegang bahu Wing dan diikuti oleh Wing.
Mereka menuju ke tempat parking kereta mereka
dan pulang dengan menaiki kenderaan masing-
masing dan mengambil haluan masing-masing.

No comments:

Post a Comment