Assalamualaikkum & Salam Peringatan,
Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini
yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri
iaitu Iskandariah,Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup
menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda
dari terus leka dengan permainan dunia yang
melalaikan.
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki
sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di
bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman,
pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat
segala yang patut disembunyikan bagi seorang
perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas
itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban
menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika
kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan
ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu
lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum
lelaki.... " nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan
jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang
tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya
menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa
kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?
Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat
sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan
tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan
kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal
berada di syurga atau neraka?" Setelah
menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris
perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek
panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba
memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua
tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
" Jika ISLAM itu BENAR,tempatkan bilikku di
Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah
Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahanam untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia
sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar
jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,
wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya
yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain
turut terdiam malah ada yang menggelengkan
kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati
hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu
menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di
muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis
tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi
memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia
menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas
dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam
suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu
terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera
berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api.
Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat
tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur sebaik saja
menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka
memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat
itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang
menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya
menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan
Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha
Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita
jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini
sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita
mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah
RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau
mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai
lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau
sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan
seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab
dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian,
tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya
masanya saja yang akan menentukan bila kita akan
kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang
yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan
Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan
suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan
Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-
undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk
dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah
undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali
anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu
prihatin takut kalau melanggar undang-undang
tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda
juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di
gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga
Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-
perkara yang telah diharamkan bagi hamba-
hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita
memohon agar Allah sentiasa memberi kita
petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia
memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat
menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan
diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang
berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan
sana.
No comments:
Post a Comment