Tuesday, October 12, 2010

petua imam syafie..hrap d amalkn..

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir
tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke
sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk
solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke
sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang
banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti
tidurnya ahli neraka.
*Kalau ada kesudian.. Tolong sebarkan maklumat ini
kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar
menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang
bermanfaat ialahsalah satuamal yang berkekalan
bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah
mati.

No comments:

Post a Comment