Monday, October 11, 2010

20 cara wat roomate gler..

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan
bagitau kat roommate anda nak balik kampung.
Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde
org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati”
horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit.
Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia
“ Sepatutnya kau dah blah dah skrg”
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ”
Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling
bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat
2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo
dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda.
Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah
merebak… dah merebak!”
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan
pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar
dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik
dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan
pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan
pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap
malam sambil merenung roommate anda sambil
berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa
buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara
tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor.
lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat
“ Horee…!”. bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat
Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan
anda …” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata
“Eh, kau rupanya…”
10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk
kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam,
bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu.
Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu
pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah
telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat
telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat
roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia.
Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki,
perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap
dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok
gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai
berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu,
nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak
sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah
kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah
malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka
balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau
boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang
& popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan
sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji
bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai
deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt
kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt.
Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut
sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda
sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan
berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala
buat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan
mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10
bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x
nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri
sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring
senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat
sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

No comments:

Post a Comment