Wednesday, October 13, 2010

Bab 2...Cinta 2 pnawar..

‘Semua dah ada ni, dah boleh la gerak.’ Ujar Ann
selepas kelihatan Denny tiba di tempat yang
dijanjikan. Mereka semua ke Sunway Piramid
dengan menaiki van yang di pandu oleh A ’are.
Mereka tiba di Sunway Piramid pada pukul 10:50
pagi. ‘Mana nak pergi ni?’ Soal Ann. ‘Wayang’.
Cadang Kox ringkas. ‘Awal lagi ar Kox’. Balas Izz.
‘Macam ni,kita ambik haluan masing-masing tapi
pukul 1 sharp, jumpe depan panggung and biar
aku dengan Ann beli tiket wayang. ’
Lantak ar nak pegi makan ke, ape ke yang penting
pukul 1 ade depan panggung. ’ Julie memberi
cadangan.
Mereka setuju dengan cadangan tersebut dan
mengambil haluan masing-masing. Mereka semua
berjalan dalam satu kumpulan tetapi kelihatan A ’are
berjalan bersendirian.
‘Nak g mane tu Are?’. Soal Julie. ‘Cari barang jap’.
Balas A’are ringkas dan meninggalkan mereka. Julie
terdiam kerana die tau perangai kawan yang juga
majikannya itu bukan begitu.
A’are terus menuju ke kedai yang di tuju bagi
mencari barang yang dah lama diinginkannya iaitu
Sweater Bathing Ape. Selepas memilih sweater
yang sesuai, A ’are terus menuju ke kaunter dan
membuat pembayaran.
Ketika keluar dari kedai tersebut, A’are senyum
bersendirian seolah-olah puas dengan apa yang
baru dibelinya. Tiba-tiba A ’are dilanggar oleh
seseorang yang menyebabkan sweaternye
terlepas dari tangannya. ‘Ouch, sweater aku.’ Itu
saja yang mampu A’are ungkapkan. A’are terus
mencangkung bagi memasukkan semula
sweaternya ke dalam plastik.
Beliau ditegur oleh satu suara lembut, ‘Sorry encik,
salah saye.’ Kedengaran suara gadis meminta
maaf. ‘Tak pe saya ok.’ Balas A’are yang ketika itu
masih mencangkung tanpa memandang kepada
wanita tersebut. ‘Betul ke ni encik?’. Soal gadis itu
lagi bagi mendapatkan kepastian.
A’are bangun dan terdiam ketika memandang
wajah gadis tersebut. ‘Encik ni….?’. Belum sempat
wanita tersebut menghabiskan kata-kata A’are
mencelah. ‘Dania??, Mira Daniyati Binti Razali?’.
Wanita itu mengangguk. ‘Dengan sapa?’. Soal
A’are. ‘Sorang je’. Jawab Dania yang merupakan
teman wanita A’are ketika beliau berusia 20 tahun.
‘Dania dah makan? Jom g makan.’ Pelawa A’are
kepada Dania. Dania hanye mengangguk. Mereka
berdua berjalan beriringan menuju dan menjamu
selera di KFC.
Ketika menjamu selera, A’are bertanya, ‘Bila balik
Malaysia?’. ‘Dah dekat sebulan dah.’ Balas Dania
yang merupakan lepasan di salah satu Universiti di
Tokyo di dalam bidang kejuruteraan.
‘Best tak kat Jepun? Ramai tak dapat boyfriend?.’
Usik A’are. ‘ Best gak la,dapat tengok budaya and
kenal dengan orang-orang sane. Boyfriend??’.
Dania terdiam dan tunduk memandang ayam di
depannya.
‘Kenapa ni?’. Soal A’are. ‘Tak de pape. A’are
camne?’. Dania mengubah topik. ‘Ok je, Dania ade
pegi mane-mane tak lepas ni?’. Tanya A’are. ‘Tak
kot, nape?’. ‘Jom tengok wayang? A’are belanja’.
Pelawa A’are.
‘Boleh gak.’. Balas Dania ringkas. A’are tersenyum
sambil menghantar mesej supaya membeli tiket
lebih dan selepas itu mereka menikmati makanan
masing-masing.
Selepas makan, mereka menuju ke pawagam dan
A ’are menunggu rakan-rakannya yang lain. ‘A’are
tunggu sape?’ soal Dania bagi mendapatkan
kepastian. ‘Kawan ofis. ha,tu pun diorang’. Balas
A’are.
‘Siapa ni?’. Julie orang pertama yang menanyakan
soalan dan apa yang pasti ia diikuti dengan nada
cemburu. ‘Ni la Dania, bekas makwe A’are. Tadi
terserempak lak.’ Balas A’are ringkas.
‘Eh, jom la masuk, dah nak start ni.’ Pintas Ann
yang ternampak raut wajah Julie semakin
kemerahan. ‘Betul gak tu. Jom la.’ Sambung
Denny. Selepas menonton filem yang bertajuk
1437 itu selama hampir 2 jam 52 minit, mereka
semua keluar dan kelihatan A ’are berjalan bersama
Dania dan mereka kelihatan begitu mesra dan
menyebabkan Julie semakin cemburu.
Memang sejak zaman kolej Julie telah menaruh
harapan kepada A ’are tetapi tidak berani untuk
luahkan apa yang di rasa. ‘Masam je, takkan
jealous.’. Usik Ann sambil menyiku siku Julie. ‘Dari
dulu lagi aku dah cakap, luahkan je ape yang kau
rase, tapi kau tak nak, malu la, ape la.
Tak salah la Julie kalau perempuan yang start
luahkan isi hati. See, sekarang siapa yang
rugi ?’.Sambung Ann. ‘Aku’. Balas Julie ringkas
sambil matanya masih memandang tingkah laku
A ’are dan Dania.
‘Chill, diorang baru jumpe balik je, belum couple
balik. You still ade chance la Julie.’. Ann memberi
dorongan kepada rakannya itu.
‘I’ll try.’ Balas Julie. ‘Nak g mane lepas ni?’. Soal Kox.
‘Tak tau, ikut korang la.’. Balas Izz. ‘Jom balik.’. Julie
bersuara. ‘Ha’ah, jom la’. Ann seolah-olah terpaksa
mengikut kehendak kawannya itu.
Sebelum berpisah, A’are dan Dania sempat
bertukar-tukar nombor telefon dan apa yang
menyebabkan Julie semakin membuak-buak
marahnya apabila kelihatan Dania mencium tangan
A ’are ketika bersalam.
Selepas itu mereka semua menuju ke tempat
parking van A ’are yang terletak di Level B2. Tetapi
kali ini Julie tidak duduk di sebelah A’are sebaliknya
dia menyuruh Izz duduk di sebelah A’are.
Mereka tiba di hadapan Ole-Ole lebih kurang Pukul
6:15 petang dan mereka kemudiannya menuju ke
rumah masing-masing menggunakan kenderaan
sendiri.
Selepas maghrib, A’are menyelongkar almarinya
dan tersenyum selepas terjumpa barang yang di
cari. Sebuah kotak yang masih kelihatan elok.
Dibuka kotak itu dan mengeluarkan isinya iaitu
gambar ketika dia masih bercinta dengan Dania, tak
kurang juga dengan barang-barang pemberian
Dania seperti gelang buatan sendiri dan juga
prespek yang tertera ‘A’ARE LOVE DANIA.’ A’are
seakan-akan tidak percaya akan berjumpa dengan
Dania lagi selepas 6 tahun mereka berpisah.

No comments:

Post a Comment